Pengilang UK Menderita Angkara Covid-19 Dan Brexit

175

Tekanan daripada wabak Covid-19 dan Brexit telah menyebabkan pengilang-pengilang UK mengalami penurunan dalam permintaan eksport.

Ini dapat dilihat daripada data baharu yang menunjukkan gangguan rantaian bekalan dan kekurangan pekerja telah membantutkan pertumbuhan ekonomi pada bulan Disember.

Gambaran terkini daripada IHS Markit dan Chartered Institute of Procurement and Supply (CIPS) menunjukkan pertumbuhan dalam pengeluaran kilang UK terbantut pada bulan lalu disebabkan oleh sekatan coronavirus dan Brexit yang menjejaskan pesanan dan menaikkan kos.

Menurut tinjauan terhadap 650 pengilang, yang dibuat oleh kerajaan dan Bank of England (BOE), aliran masuk kerja baharu dari luar negara menurun untuk bulan keempat berturut-turut.

Walaupun firma melaporkan pertumbuhan berterusan pada penghujung tahun lepas dan kelewatan rantaian bekalan berkurangan sedikit, masalah Brexit dan kemungkinan sekatan pandemik selanjutnya di dalam dan luar negara telah merosakkan permintaan eksport pada akhir tahun.

Sekatan perdagangan baharu sejak meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dan kesan pandemik mengakibatkan pengeksport Britain antara yang paling perlahan dalam kalangan ekonomi besar Eropah untuk pulih dari Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat