Pengukuhan Dolar Menyukarkan Emas Untuk Keluar Daripada Paras Terendah Mingguan

45

Harga emas sedikit stabil selepas jatuh mendadak pada pasaran lalu apabila nilai dolar melonjak, mengurangkan permintaan aset safe haven emas.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX susut -0.03% kepada $1,268.18 per auns pada jam 12.30 tengahhari selepas jatuh 0.81% pada sesi yang lalu menghampiri paras terendah awal bulan lalu.

Dolar mengkukuh ke paras tertinggi tiga bulan lalu dengan Euro menjunam selepas penetapan kadar faedah ECB dan ucapan Mario Draghi yang dovish dalam persidangan yang lalu. Pengukuhan dolar turut melemahkan sentimen pasaran emas menyebabkan harga jatuh lebih jauh melebih 1% sepanjang minggu ini.

ECB bersedia untuk mengurangkan pembelian bon mereka kepada €30 billion dan akan melanjutkan program pembelian tersebut sehingga 9 bulan atau September 2018.

Euro terus tertekan dengan ucapan dovish Presiden ECB, Mario Draghi apabila menyatakan program pelonggaran dasar melalui pembelian bon masih boleh berubah dimasa hadapan, menyebabkan pasaran melihat kemungkinan ransangan ini akan diteruskan melebih tarikh yang ditetapkan iaitu September 2018..

Antara faktor lain yang menekan pasaran emas adalah laporan GDP US hari ini yang dijangka akan mengeluarkan bacaan positif dengan pertumbuhan ekonomi masih stabil.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat