Pengukuhan Ekonomi Jerman Melonjakkan Keyakinan Di Zon-Eropah

36

Keyakinan perniagaan di Jerman meningkat ke paras tertinggi sejak 1991, di mana sektor pembuatan merekod pertumbuhan terpantas dalam masa enam tahun. Perbelanjaan pengguna, pelaburan dan eksport kesemuanya menyumbang kepada pertumbuhan pada suku pertama sekaligus membantu ekonomi berkembang 0.6%.

Lonjakan ekonomi Jerman adalah pemacu utama rantau Eropah yang memberi tekanan kepada Mario Draghi sama ada mengekalkan nada berhati-hati atau mengurangkan sedikit pendirian ‘dovish‘ ECB. Bank pusat Jerman meramalkan ekonomi terbesar Eropah ini akan terus bertumbuh dengan kukuh beberapa bulan akan datang yang disokong oleh permintaan domestik dan luar negara.

“Bukan sahaja ekonomi Jerman, tetapi keseluruhan ekonomi Zon Eropah akan mendapat pertumbuhan yang positif pada 2017,” kata Carsten Brzeski, ketua penganalisis ekonomi ING-Diba AG di Frankfurt. “Dengan pertumbuhan meluas ke semua sektor di Jerman, “tiada isyarat bahawa pemulihan ini akan terganggu dalam masa terdekat.”

Indeks keyakinan IFO yang dikeluarkan sebentar tadi mengukuh ke paras 114.6 pada Mei dari 113 pada April dan melebihi jangkaan pasaran. Data ini mengukur keadaan semasa dan jangkaan sektor perniagaan di Jerman.

Sektor pembuatan dan perkhidmatan negara ini melonjak pada Mei menurut tinjauan PMI yang dibuat. Laporan terkini yang menunjukkan ekonomi Zon Eropah semakin berkembang memerlukan pengetatan polisi monetari jika ia tidak melemahkan inflasi.

Wakil Jerman di ECB Weidman berkata semalam bahawa perlunya normalisasi polisi monetari jika pemulihan ekonomi mengangkat kadar gaji dan tekanan harga Zon Eropah semakin perlahan.

“Pertumbuhan di Zon Eropah masih sangat menyokong, meningkatkan keyakinan bahawa ECB akan mengubah sedikit pendirian dalam masa terdekat mungkin seawal Jun,” kata Julian Lafarge penganalisis di JP Morgan London.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat