Pengukuhan Matawang JPY/USD Mendorong Bursa Nikkei Dibuka Rendah

369

Penutupan bursa saham Wall Street yang lemah mendorong beberapa bursa saham Asia dibuka rendah pada hari Khamis ini.

Bursa saham Australia ASX 200 tidak terkecuali juga mengalami kejatuhan sebanyak 0.56%

Indeks Hang Seng di Hong Kong hanya mampu naik sedikit sebanyak 0.05% setelah mengukuh pada paras tertinggi semalam.

Pasaran di China hari ini juga dibuka stabil apabila bursa komposit Shanghai dibuka lebih tinggi sebanyak 0.06%, walaubagaimanapun bursa Shenzhen jatuh 0.18%.

Di Korea Selatan, indeks Kospi dibuka lemah 0.21% apabilan saham pengeluar Chip mengalami kejatuhan. Saham Samsung juga dibuka lemah.

Tidak ketinggalan, indeks Nikkei, Jepun juga menghadapi hal yang sama iaitu dibuka lemah berikutan kelemahan matawang US dolar yang menyusut berbanding yen. Sebahagian besar eksport automotif dan teknologi lemah dalam awal sesi dagangan.

Bursa Malaysia juga dibuka lemah hari ini berikutan selera pembelian yang kurang oleh pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat