Pengukuhan NFP Pacu Peningkatan Saham Asia, Fokus Beralih Pada Ketegangan AS-China

312

Susulan daripada data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang menguat dan penurunan dalam kadar pengangguran, saham Asia didagangkan tinggi mengikuti pengukuhan Wall Street pada sesi Jumaat.

Niaga hadapan bagi Nikkei 225 melonjak 0.45%, manakala bagi S&P/ASX 200 meningkat 0.58%. Sementara itu, E-mini bagi S&P 500 melonjak kepada 0.14%.

Walau bagaimanapun, para pelabur kini lebih memfokuskan kepada ketegangan hubungan antara China dan AS. Dilaporkan lebih daripada 75 ahli kongres AS menghantar surat desakan kepada Presiden Donald Trump untuk membuat keputusan sama ada perlakuan China terhadap masyarakat Islam Uyghur dan etnik lain merupakan satu kekejaman.

Pada waktu yang sama pihak kongres telah meluluskan undang-undang untuk menghukum mana-mana perniagaan yang berurusan dengan pegawai China berikutan isu pengenalan undang-undang baru Beijing ke atas Hong Kong.

Indeks saham bagi MSCI seluruh dunia mengalami lonjakan sehingga 0.92%. Dow Jones Indstrial Average meningkat 0.36%, S&P 500 melonjak kepada 0.45% dan Nasdaq Composite meningkat 0.52%.

Rekod ini juga mendorong kepada perubahan harga minyak lebih tinggi. Niaga hadapan bagi minyak mentah Brent ditutup pada $43.14 setong, meningkat $1.11, atau 2.6%. Manakala bagi minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) ditutup pada $40.65 setong, meningkat 83 sen atau 2.1%.

Indeks bagi dolar meningkat 0.058% dan euro meningkat 0.01% kepada $1.1239. Matawang yen mengalami penyusutan 0.02%, bersaing dengan dolar AS pada 107.53 per dolar manakala sterling didagangkan pada $1.2468, lonjak 0.02%.

Emas spot melonjak kepada 0.4% kepada $1,777.04 per auns.

Hasil-Bon Amerika Syarikat berakhir lebih rendah menjelang hujung minggu, 4 Julai dengan penanda aras Hasil-Bon 10- tahun Amerika Syarikat susut 1.1 mata asas pada 0.6709%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat