Pengukuhan Saham Eropah Dan US Mendorong Peningkatan Saham Dalam Bursa Asia

318

Bursa Asia pada hari Selasa dibuka kukuh didorong oleh kenaikan dalam indeks bursa Eropah dan Wall Street.

Walaupun dihimpit dengan penutupan pentadbiran kerajaan persekutuan, indeks utama Wall Street ditutup kukuh pada hari Isnin.

Pembukaan perdagangan saham dibuka dengan pengukuhan indeks ASX 200, Australia. Pengukuhan ini didorong oleh kenaikan dalam saham tenaga dan sumber mineral. Selain itu, saham sektor kewangan juga mendorong pertumbuhan bursa Australia.

Dalam masa yang sama, indeks Nikkei 225, Jepun juga dibuka tinggi berikutan dukungan daripada saham automotif dan teknologi. Indeks Kospi, Korea Selatan juga dibuka kukuh.

Indeks Hang Seng, Hongkong dibuka kukuh seiring dengan peningkatan saham dalam indeks Shanghai Composite,China.

Di Malaysia, indeks FTSE mengalami kenaikan lebih tinggi berikutan peningkatan jumlah belian oleh pelabur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat