Pengukuhan Sterling Terbantut Setelah Laporan Pekerjaan UK Kurang Memberangsangkan

474

Sesi pasaran Eropah petang ini tertumpu pada laporan pekerjaan di UK yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang tadi. Data yang menjadi tumpuan adalah indeks purata pendapatan ayng dijangkakan akan mencatatkan kenaikan ke paras 3.5% sebaliknya kekal pada bacaan 3.4% seperti data terdahulu.

Sementara kadar pengangguran menepati ramalan apabila bacaan data adalah kekal di paras 0.4%.

Menjelang laporan pekerjaan UK dikeluarkan, dilihat matawang Pound Sterling mengukuh berbanding matawang utama yang lain. Namun pengukuhan tersebut terhalang setelah laporan pekerjaan yang dikeluarkan tidak menunjukkan bacaan yang cukup memberangsangkan untuk menyokong dagangan GBP.

Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang turun menguji paras support MagicS1 pada 1.2896 kemudiannya membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.2917 hari ini sebelum harga kembali bergerak perlahan.

Lihat gambar chart GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda dan beri tumpuan pada paras-paras yang berpengaruh.

 

 

Lihat juga paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras posisi dagangan yang sesuai pada chart GBP/USD ini.

Paras support: 1.2896, 1.2870, 1.2848.

Paras resistance: 1.2943, 1.2964, 1.2990.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat