Pengukuhan US Dolar Disokong Data Jualan Runcit US, EUR/USD Terjun Semula 120 Pips!

714

Matawang US dolar kembali bergerak kukuh pada dagangan sesi New York semalam selepas data jualan runcit US untuk bulan Mei diterbitkan dengan angka yang meningkat.

Kadar jualan runcit melonjak sehingga 17.7% berbanding jangkaan peningkatan hanya 7.9%. Angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding bacaan bulan sebelumnya yang menyusut kepada -14.7%. Sementara bacaan teras juga turut meningkat kepada 12.4%.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) dalam ucapannya sebelum Kongres, mengulangi bahawa ketidaktentuan sentimen pasaran adalah disebabkan krisis yang berlarutan. Beliau juga menambah, langkah pembelian bon korporat berkemungkinan tidak dilaksanakan dengan agresif dan lebih bersifat sebagai pelan kontigensi.

Kebimbangan pasaran masih lagi terarah pada risiko gelombang kedua coronavirus selepas laporan peningkatan semula kes di China. Beijing telah meningkatkan sekatan untuk rakyat meninggalkan negara dalam usaha mengekang penularan virus yang lebih serius.

Jika dilihat pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah membuat penurunan harian sekitar 120 pips mencecah 1.12300 dan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun paras terendah harian pada Isnin lalu masih belum ditembusi dengan harga menutup dagangan sesi New York di paras sedikit tinggi sekitar 1.12600.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga bergerak perlahan dan mendatar pada sesi Asia di sekitar paras harga yang ditutup pada sesi sebelumnya serta masih berada di paras halangan MA50.

Momentum pengukuhan US dolar semalam berkemungkinan akan terus mendorong penurunan lebih rendah harga menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.12000.

Penurunan lebih rendah akan menuju paras tumpuan harga sekitar 1.11000 yang juga merupakan zon RBS pada dagangan sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras ketinggian harian semalam sekitar 1.13500 akan diuji sebelum kenaikan menuju pula zon resistance pada 1.14000.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya dijangkakan akan menuju paras ketinggian terbaru pada zon resistance 1.15000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat