Pengukuhan Yen Mendorong USD/JPY Turun Ke Paras Terendah Terbaru Sejak Februari

671

Matawang safe-haven Yen kembali mencatatkan pengukuhan berikutan isu perang dagang yang semakin tegang.

Setelah Amerika Syarikat bertindak menaikkan kadar tarif terhadap barangan China, kini China pula telah memberi amaran untuk membalas tindakan agresif tersebut.

Dalam pertikaian antara China masih belum selesai, Amerika Syarikat dilaporkan menjadikan Mexico pula sebagai sasaran perang dagang yang seterusnya apabila mengancam untuk mengenakan tarif 5% terhadap kesemua barangan import Mexico dan bakal dinaikkan kepada 25% jika Amerika melihat masalah imigresen tidak dibendung oleh Mexico.

Ketegangan yang semakin meningkat terus menjejaskan pasaran kewangan global. Yen kembali mendapat permintaan tinggi berikutan para pelabur lebih tertarik kepada aset pelaburan berpulangan rendah yang lebih selamat.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY, harga pada dagangan semalam dilihat cuba untuk membuat kenaikan dari paras Magic Pivot hingga melepasi kenaikan pada resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga kembali membuat penurunan semula pada penghujung sesi dagangan New York.

Dagangan yang bersambung pada hari ini melihatkan penurunan ketara harga sehingga mencecah paras support 108.966 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan tersebut juga dilihat telah berjaya breakour paras support 109.150 yang diuji pada minggu ini dan harga meneruskan penurunan untuk mencari paras terendah yang terbaru sejak awal Februari lalu.

Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju ke paras sekitar support 108.500 yang telah diuji harga sebelum ini pada penghujung dagangan Januari lalu dengan sekitar 50 pips lagi tambahan penurunan harga boleh dicatatkan.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga berkemungkinan bergerak naik lebih tinggi dari paras-paras support pada indicator Moshed Magic Line hari ini sebelum kembali menguji paras Magic Pivot pada 109.675.

Paras tumpuan pada 110.000 yang berada lebih tinggi turut menjadi tumpuan jika harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 109.420, 109.221, 108.966.

Paras resistance: 109.874, 110.129, 110.328.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat