Pengumuman Johnson Ini Buatkan Pelabur ‘GBP’ Resah!

974

Britain dilaporkan bakal mengumumkan langkah-langkah sekatan perbatasan yang lebih ketat pada  hari ini bagi menghalang penularan varian baru wabak Covid-19 ke negara itu. Boris Johnson turut berjanji bahawa beliau akan turut memberikan solusi tindakan yang bakal dilakukan bagi keluar dari kemelut ekonomi ini.

Kerajaan dijangka akan mengkuarantin para pelancong dan pendatang dari negara-negara berisiko tinggi di hotel-hotel terpilih. Sejak akhir November lalu, beberapa varian baru telah dikenal pasti di beberapa negara, antaranya ialah Amerika Syarikat dan Amerika Selatan.

Pengumuman itu hadir selepas angka kematian akibat Covid-19 melampaui 100,000 dan UK menjadi negara Eropah pertama mencapai angka tersebut. Hal ini mendorong pentadbiran terpaksa mengambil langkah yang lebih lanjut.

Jumlah jangkitan Covid-19 semakin pada akhir tahun lalu setelah varian baru itu menular di tenggara Britain. Sejak awal Januari, kerajaan telah mengenakan perintah kawalan pergerakan termasuk penutupan sekolah.

Dalam ucapan tersebut, Johnson mengatakan beliau akan menawarkan peta solusi bagaimana UK dapat keluar daripada kemelut ini setelah pengedaran vaksin berjalan dengan lancar dan varian baru dapat dihentikan.

Matawang GBP terus berada dalam tekanan berbanding US dolar dengan penyusutan sebanyak 0.25% setakat jam 11.30 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat