Pengumuman Peletakan Jawatan Theresa May Bakal Beri Impak Baru Terhadap GBP

1,385

Matawang dolar Euro didagangkan positif pada permulaan minggu ini berikutan faktor majoriti undian yang memihak kepada parti pro-Eropah pada undian pilihanraya yang berlangsung pada penghujung minggu lalu.

Parti pro-EU menduduki dua per tiga kerusi dalam pilihanraya parlimen, memberi kelebihan berbanding pihak pembangkang nasionalis.

Pilihanraya melibatkan 28 negara dalam Kesatuan Eropah dan sejumlah 751 kerusi dipertandingkan untuk ahli parlimen Eropah. Parlimen ini akan menentukan keputusan buat Kesatuan bagi 5 tahun akan datang melibatkan pengawasan sempadan, autonomi negara dan juga hubungan Britain bersama Kesatuan Eropah.

Matawang dolar Amerika Syarikat pula tidak menunjukkan perubahan pergerakan harga yang ketara. Dagangan USD masih lemah berbanding Yen pada minggu lalu ekoran kebimbangan yang semakin meningkat berhubung isu perang dagang antara Washington dan Bejing dan juga perang teknologi.

Sementara matawang yang menjadi tumpuan pada penghujung dagangan minggu lalu adalah Pound Sterling apabila berita sensasi dilaporkan berkenaan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mengumumkan peletakan jawatan beliau pada Jun ini selepas gagal memecah kebuntuan terhadap sokongan kepada pelan Brexit beliau selama ini.

Dagangan GBP dijangka volatile namun bakal kembali mengukuh semula dengan peningkatan peluang ‘no-deal’ Brexit diramalkan oleh para pelabur.

Berbanding Euro, GBP telah berjaya mengekalkan siri kenaikan harga 14 hari berturut-turut ekoran perspektif negatif pelabur terhadap dagangan GBP dalam pasaran sehingga pengumuman peletakan jawatan Theresa May dilaporkan.

Bagi matawang komoditi, selain dipengaruhi oleh data ekonomi domestik, dolar AUD dan NZD khususnya bakal digerakkan oleh sentimen pasaran terutama perkembangan pada isu perang dagang AS-China yang masih berlarutan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat