Pengumuman Senarai Cukai Barangan Oleh Trump Bakal Memberi Kesan Kepada China

703

Pentadbiran Trump dijangka akan mengumumkan senarai cukai barangan import China pada minggu ini. Senarai tersebut mengandungi barangan-barangan yang akan dikenakan cukai oleh U.S sebagai hukuman ke atas tindakan Beijing.

Menurut pentadbiran U.S, senarai yang bernilai $50 billion kepada $60 billion dijangka akan disasarkan pada produk ”berteknologi tinggi”.

Pentadbiran perdagangan U.S dikhendaki mengumumkan senarai cukai barangan tersebut pada hari Jumaat dibawah pengisytiharan Trump yang ditandatangi pada Mac 22.

U.S telah menuduh Beijing bahawa Beijing menyalahgunakan harta intelek Amerika sehinga mendorong perubahan dalam pelbagai dasar kerajaan China yang bertujuankan permindahan teknologi.

Walaubagaimanapun, hal itu dinafikan oleh China dan mengugut untuk menggunakan teknik yang sama iaitu pengenaan cukai kembali ke atas U.S terutama terhadap barangan alatan berat, alatan kapal terbang dan kacang soya.

Jabatan teknologi U.S meramalkan bahawa pentadbiran Trump akan menyenarikan barangan-barangan yang akan memberi manfaat kepada program wawasan Beijing iaitu “Made in China 2025“. Program ini menumpukan pada barangan pembuatan dan berteknologi tinggi.

Pasaran khuatir perang dagang antara dua negara ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat