Pengumuman Yang Dinantikan! Menteri Kewangan UK Umum Kenaikan Cukai dan Pengurangan Perbelanjaan!

520

Kerajaan UK pada hari Khamis melancarkan pelan fiskal bernilai £55 bilion ($66 bilion) dalam usaha untuk menutup kelompongan dalam kewangan awam dan memulihkan kredibiliti ekonomi Britain, walaupun negara itu terpalit dalam situasi kemelesetan.

Menteri Kewangan Jeremy Hunt, menggariskan sekitar £30 bilion dalam pemotongan perbelanjaan dan £25 bilion dalam kenaikan cukai.

Langkah-langkah itu termasuk pembekuan enam tahun pada ambang cukai pendapatan dan menurunkan kadar tertinggi cukai pendapatan kepada £125,000. Langkah ini secara langsung berlawanan dengan pemotongan besar yang disebut-sebut dalam bajet mini bencana September.

“Pemotongan cukai yang tidak dibiayai adalah berisiko seperti perbelanjaan yang tidak dibiayai,” kata Hunt kepada Dewan Rakyat.

Hunt berkata langkah itu akan meyakinkan pasaran bahawa kerajaan dan Bank of England kini bekerja lebih ‘saksama’.

Langkah-langkah itu dijangka dapat meringankan beban rakyat Britain dan membolehkan mereka mengharungi krisis kos sara hidup terburuk negara dalam beberapa dekad dan kemelesetan

Bagaimanapun, Hunt berkata mereka perlu untuk mengehadkan inflasi yang berkembang tinggi dan memulihkan reputasi U.K

Antara langkah lain yang diumumkan ialah kenaikan 10% dalam pencen, faedah dan kredit cukai, sejajar dengan angka inflasi September dan peningkatan dalam Gaji Sara Hidup Nasional daripada paras semasa £9.50 sejam bagi mereka yang berumur 23 tahun ke atas.

Kenyataan Khamis itu disertai dengan set unjuran yang telah lama ditunggu-tunggu daripada Jabatan Belanjawan bagi mendapatkan gambaran ekonomi UK. Hunt berkata unjuran menunjukkan bahawa U.K. kini berada dalam kemelesetan, tetapi rancangan kerajaan akan memastikan kemerosotan dapat ditangani dan pengangguran lebih rendah daripada ramalan awal.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat