Penggunaan Teknologi Stellar Oleh IBM Bakal Mengugat Ripple

334

IBM merupakan salah satu syarikat gergasi dalam sektor teknologi. Kini syarikat tersebut sedang memperhatikan perkembangan blockchain dalam arena teknologi dan berpendapat bahawa ia mempunyai potensi yang tinggi pada masa hadapan. Baru-baru ini terdapat laporan daripada penolong pengurus syarikat bahawa IBM akan bekerjasama dengan syarikat crypto Stellar.

Syarikat tersebut sedang berusaha untuk meningkatkan kelajuan gerak kerja dan mengurang kos tertutama yang melibatkan transaksi. Namun, penggunaan blockchain bukan sahaja mendapat perhatian IBM, syarikat-syarikat besar lain juga telah turut serta dalam hal ini.

Apa yang membuatkan blockchain IBM kelihatan begitu menarik ialah disebabkan pergantungan pada teknologi Stellar. Penolong pengurus Jesse Lund, baru-baru ini membenarkan kenyataan bahawa Stellar Lumens kini digunakan di pelbagai lapangan industri dan mampu menawarkan solusi kepada syarikat yang memerlukan blockchain. Walaupun kedua-dua buah syarikat tersebut telah menandatangani kontrak perjanjian kerjasama pada bulan Oktober 2017 namun masih kurang pengumuman kemajuan gerak kerja.

Berdasarkan laporan, gerak kerja antara IBM dan Stellar Lumens semakin bagus dari sehari ke sehari. Jika trend proses ini terus berlangsung dengan jayanya, Stellar Lumen berkemungkinan akan menjadi aset yang menghubungkan IBM kepada solusi sistem pembayaran yang universal. Hal ini akan menjadi sesuatu perkara yang besar bagi kedua-dua buah syarikat.

Lund mengatakan setakat ini IBM belum merencanakan untuk mengeluarkan token mereka sendiri pada ketika ini. Bagi Lund telah beribu matawang crypto yang beredar lagipun tiada keperluan untuk menerbitkan matawang crypto sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat