Penguncupan Ekonomi Jepun Berterusan!

343

Ekonomi Jepun menguncup pada suku pertama tahun ini di tengah-tengah gangguan bekalan yang berlarutan dan harga import yang melambung tinggi merencatkan perbelanjaan pengguna.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menguncup pada kadar tahunan sebanyak 1% pada tiga bulan pertama tahun ini, sedikit lebih baik daripada jangkaan penurunan sebanyak 1.8%.

Ini merupakan penguncupan kedua dalam tiga suku yang lalu, yang terkesan oleh kemerosotan dalam perdagangan dan kelemahan perbelanjaan pengguna akibat sekatan Covid-19.

Hal ini menyebabkan ekonomi ketiga terbesar dunia ini terus ketinggalan di belakang negara-negara maju yang lain dalam kebangkitan semula daripada pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, peningkatan kos untuk syarikat dan pengguna telah diburukkan lagi oleh perang di Ukraine dan kejatuhan nilai mata wang yen ke paras terendah 20 tahun.

Penyusutan nilai yen juga mungkin dilihat baik untuk meningkatkan perdagangan, namun disebabkan lonjakan harga komoditi yang lebih tinggi, ia tetap mendorong kelemahan buat ekonomi Jepun.

Sementara perang Ukraine-Rusia pula boleh menjejaskan permintaan luar dan membebankan perdagangan global akibat gangguan rantaian bekalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat