Pengurangan Sasaran Jualan Produk Apple Menjadi Isu Tumpuan Hari Ini

539

Pada awal sesi pembukaan Asia hari ini dapat dilihat matawang Yen melonjak ekoran Apple Inc mengeluarkan amaran pengeluaran pendapatan yang jarang berlaku sehingga mencetuskan suasana kurang menyenangkan pada pasaran global yang mendorong pelabur-pelabur memindahkan pelaburannya ke arah asset safe-haven. Sementara nilai matawang dollar USD pula dilihat telah jatuh ke paras lebih rendah sejak Mac 2018 yang lalu berbanding Yen sehingga menjelang pembukaan pasaran Eropah.

Permintaan tinggi terhadap matawang Yen berlaku selepas syarikat Apple Inc menurunkan sasaran hasil jualan kepada $84 juta untuk suku tahun pertama dagangan lebih rendah berbanding jangkaan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu sebanyak $91.5 Juta. Pengurangan jangkaan yang dikeluarkan adalah berikutan penjualan produk iPhone di China yang mengalami kejatuhan berkemungkinan berlaku aktiviti boikot oleh pengguna di China terhadap produk dari Amerika Syarikat.

Hasil perbincangan yang dibuat berdasarkan kajian dalam pasaran menyatakan kekurangan anggaran pengeluaran adalah salah satu faktor disebabkan oleh pelabur-pelabur telah berkurang dalam pasaran iphone apabila melihat jualan pasaran awal suku tahun pertama ini dilihat jauh lebih rendah daripada jangkaan.

Saham Apple Inc turut mengalami kejatuhan dalam pasaran disebabkan para pelabur beralir ke arah aset yang lebih selamat di mana matawang Yen menjadi pilihan utama dengan faktor kecairan dalam pasaran yang turut membimbangkan pelabur. Pasaran Jepun masih ditutup bersempena tahun baru mendorong pergerakan pasaran yang lebih agresif malah bukan itu sahaja, laporan data PMI yang lemah daripada jangkaan bakal memberi kesan yang negatif dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat