Penilaian KDNK Dalam Dolar Tidak Sesuai Untuk Ekonomi Yang Matang

138

Hari ini The Edge melaporkan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan Dua, menyatakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam US dolar tidak sesuai untuk ekonomi yang matang dan komplex seperti Malaysia.

“Aktiviti ekonomi di Malaysia diukur berdasarkan transaksi daripada perbelanjaan isi rumah, perniagaan, dan aktiviti kerajaan dalam ringgit. Jadi penilaian dalam ringgit lebih mencerminkan situasi ekonomi kita,” jelas beliau.

Menjawab kepada kenyataan Presiden Federation Malaysia Manufactures, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkenaan KDNK Malaysia untuk suku tahun kedua tidak berkembang jika dihitung menggunakan dolar, Johari berkata KDNK dilaporkan menggunakan harga yang tetap dimana telah mengambil kira kesan keatas nilai dan pergerakan pertukaran matawang.

“Dalam kata yang lain, KDNK hanya menunjukkan perubahan pada jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara. Kompilasi KDNK ini konsisten dengan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh bank dunia dan Dana Monetari Antarabangsa (IMF). Kaji selidik oleh Jabatan Statistik adalah luas dan termasuk keseluruhan sektor ekonomi” kata Datuk Johari lagi.

“Oleh kerana hal ini diterima dan mencapai piawaian antarabangsa, saya ingin menjelaskan bahawa menilai KDNK dalam USD tidak sesuai untuk ekonomi yang matang dan komplex seperti Malaysia. Tidak juga sesuai pada ekonomi yang tidak menggunakan dolar ”

“Pada ekonomi yang menyandarkan matawang dengan US dolar, mereka akan hilang kebebasan berpolisi dan fleksibiliti, sekaligus boleh menjatuhkan kedaulatan negara”, tambah beliau lagi.

Berkenaan kenyataan Dr. Lim menerusi the Edge semalam, Datuk Johari turut menjelaskan bahawa kenyataan seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan serta mencerminkan pemahaman yang lemah bagimana ekonomi berfungsi”.

“Malaysia telah merekodkan perkembangan KDNK yang baik sebanyak 5.8% untuk suku tahun kedua dan 5.6% untuk suku tahun pertama 2017, berbanding suku tahunan yang sama 2016. Sebagai rakyat Malaysia, saya menyeru supaya seluruh rakyat menerima perkembangan ini. Marilah kita bersama bekerja keras untuk mencapai pertumbuhan sepanjang tahun ini”, jelas beliau menutup ucapannya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat