Penilaian Powell Menjejaskan Pasaran Saham Wall Street Dan Asia Pada Minggu Ini

382

Bursa saham Amerika Serikat (US) iaitu Wall Street ditutup lemah sejak semalam. Hal yang sama juga menimpa indeks saham S&P 500 yang mengalami kejatuhan terbesar sejak Januari 2016.

Pada penutupan perdagangan saham pada hari Rabu (Khamis pagi), indeks saham Dow Jones jatuh sebanyak 1.5%. Indeks saham S&P 500 jatuh sebanyak 1.1%. Manakala indeks saham Nasdaq merosot 0.8%.

Sepanjang Bulan Februari, indeks saham Dow Jones telah turun lebih dari empat peratus. Indeks saham S&P 500 susut 3.9%. Indeks saham Nasdaq lemah sebanyak 1.9%.

Sejak hari Rabu sehingga hari Khamis, Wall street telah mengalami kejatuhan harian terbesar berikutan tindakan penjualan saham berikutan penilaian Gabenor Federal Reserve (the Fed), Jerome Powell mengeluarkan penilaian terhadap ekonomi AS.

Pernyataan Powell meneybabkan kekhuatiran dalam kalangan pemain pasaran bahawa kemungkinan besar kadar faedah dinaikkan lebih awal daripada jangkaan asal.

Penganalisis JonesTrading, Michael O’Rourke menjelaskan bahwa Powell memberikan indikasi bahawa ekonomi US semakin kukuh. “Terdapat kemungkinan kadar faedah naik empat kali tahun ini,” jelas dia.

Hal ini juga memberi kesan kepada pasaran saham Asia. Indeks saham Asia Pasifik terbesar MSCI, di luar Jepun, jatuh 0.35%. Saham Australia jatuh 0.8% dan Nikkei Jepun jatuh hampir 0.85%.

Bursa saham Malaysia juga dibuka rendah hari ini berikutan penurunan mendadak semalaman di Wall Street

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat