Peningkatan Drastik Tuntutan Pengangguran Amerika Membenam USD Lebih Jauh

479

Dagangan matawang USD terus terkesan selepas peningkatan drastik dalam kes baru coronavirus di Amerika Syarikat, dengan tambahan 17,057 kepada 85,268 kes dan 1,293 kematian telah disahkan. Ini membuatkan AS mendahului China dan Itali sebagai negara pertama yang mempunyai kes paling tinggi di dunia.

Peningkatan ketara ini jelas memberi tekanan buat US dolar untuk terus mencatatkan penyusutan berbanding safe-haven yen, ditambah pula dengan laporan jumlah tuntutan faedah pengangguran di AS pada minggu lepas yang meningkat dengan mendadak.

Jabatan Buruh AS melaporkan tuntutan pengangguran telah meningkat kepada 3.28 juta, menjadikannya sebagai bacaan tertinggi pernah dicatatkan selepas jauh tersasar daripada unjuran untuk meningkat sebanyak 1.5 juta sahaja.

Permintaan terhadap US dolar sebelum ini telah berkurangan setelah Federal Reserve AS mengumumkan pelonggaran kuantitatif (QE) tanpa had dan kesepakatan yang dicapai bersama oleh ahli Kongres AS ke atas rang undang-undang pakej rangsangan bernilai $2.2 trilion.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan susut 1.5%, iaitu kejatuhan harian terbesar dalam tempoh hampir empat tahun.

Hal ini telah memberi manfaat kepada dagangan matawang Asia, dolar Aussie diniagakan di sekitar paras harga 0.5960, setelah mencatat peningkatan lebih daripada 10% daripada paras terendah 17 tahun berbanding USD.

Sementara itu, matawang pound kembali mempamerkan pemulihan susulan keputusan Bank of England (BoE) yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada paras terendah 0.1% dan program pembelian asetnya kekal sebanyak £200 bilion.

Turut mendapat manfaat daripada kelemahan USD, adalah euro untuk terus diniagakan meningkat berbanding matawang itu.

Namun begitu, kebimbangan terhadap ekonomi Eropah semakin menebal selepas menyaksikan angka kematian di Sepanyol telah melebihi China dengan merekodkan 4,365, menjadikannyanegara kedua tertinggi selepas Itali dengan jumlah korban kini meningkat kepada 8,215.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat