Peningkatan EUR/USD Hampiri Paras Ketinggian $1.2000

303

US dolar susut ke paras terendah 3 minggu berikutan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kekal berada di paras rendah daripada ketinggian yang dicapai pada minggu-minggu sebelum ini menyebabkan kurang tarikan terhadap mata wang US dolar.

Tambahan, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengulangi pendiriannya bahawa bank pusat berkemungkinan tidak akan meningkatkan kadar faedah sehingga penghujung 2022 sementara ekonomi sedang menuju ke arah pertumbuhan yang pantas dan lebih banyak peluang pekerjaan dicipta.

Manakala Presiden European Central Bank (ECB) Christine Lagarde memberi respon terhadap fiskal Amerika Syarikat dengan jangkaan akan mendorong kepada pertumbuhan Eropah kepada 0.3% untuk jangka masa sederhana.

Justeru itu turut menyokong mata wang Euro untuk bergerak sedikit kukuh berbanding US dolar dalam pasaran.

Seperti dipamerkan pada carta pasangan EUR/USD minggu ini, harga terus mencatatkan kenaikan ke paras ketinggian terbaru 2 minggu.

Setakat sesi New York, harga telah mencapai paras ketinggian sekitar 1.19890 sedikit sahaja lagi untuk mencapai paras jangkaan penganalisis pada 1.20000.

Harga kekal bergerak dalam trend bullish selepas harag melonjak dari zon 1.19000 dan terus berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk petunjuk kenaikan yang akan diteruskan harga.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan dan menembusi rintangan 1.2000, penganalisis bakal mengubah sasaran kenaikan harga lebih tinggi kepada zon tumpuan seterusnya pada 1.20600-1.20900.

Namun jika harga kembali menjunam, zon sokongan harga di paras 1.19000 akan diuji semula dan pelabur akan menilai reaksi harga di zon tersebut sama ada harga akan menyambung semula kenaikan atau turun lebih rendah.

Jika harga jatuh lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.18000 pula akan jadi tumpuan harga untuk penurunan selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat