Peningkatan GBP/USD Terbatas Ditekan Oleh Isu Brexit

249

Unjuran pertumbuhan ekonomi UK yang lebih pantas untuk tahun ini dilihat gagal untuk menyokong pengukuhan Pound Sterling pada dagangan awal minggu.

Kebimbangan pelabur masih dibayangi oleh ketidaktentuan Brexit yang kembali menjadi perhatian semula.

Pun begitu, Kesatuan Eropah (EU) dan UK dilaporkan telah berunding berhubung isu melibatkan Ireland Utara. Brussels telah menawarkan tawaran baru kepada London, untuk menyelesaikan percanggahan dan membina hubungan perdagangan yang lebih baik.

Untuk sementara itu, Pound dilihat akan terus memikul beban dan peningkatan nilai dagangan berkemungkinan terhad.

Pada carta pasangan GBP/USD, kenaikan pada awalnya susulan pergerakan US dolar yang lemah telah menguji paras rintangan 1.39200 sebelum susut semula di sesi Eropah.

Penurunan harga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga yang juga berada pada sekitar 1.38700.

Jika harga jatuh lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.38300-1.38000 bakal diuji harga yang dilihat sebagai paras sokongan untuk harga meningkat semula.

Sekiranya harga terus susut untuk meneruskan trend bearish, zon support pada 1.37000 bakal menjadi destinasi tumpuan harga.

Namun, jika Pound berjaya mengukuh semula, kenaikan harga berkemungkinan melepasi paras ketinggian semalam untuk menuju semula ke paras rintangan 1.40000 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat