Peningkatan Harga Minyak Terus Menolak Tinggi Matawang Komoditi!

43

Dollar Australia didagang stabil berbanding matawang Greenbcak dalam sesi ini. Sementara itu, matawang kiwi meneruskan pengukuhan selepas kenaikan harga minyak terus menyokong matawang komoditi.

AUD/USD didagang meningkat kepada 0.08%.

AUD/USD 30 minit
AUD/USD 30 minit

Sementara itu pelabur dilihat kekal berhati-hati apabila Jabatan Perdagangan AS berkata bahawa indeks harga pengguna meningkat pada bulan September.

Data CPI semalam merupakan data yang tertinggi pernah dicatat sejak Oktober 2014.

Sentimen terhadap US Dollar juga semakin rapuh selepas Naib Pengerusi Fed mengatakan bahawa kestabilan ekonomi boleh diancam oleh kadar faedah yang rendah. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa Fed tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan kadar tanpa data yang benar-benar kukuh.

Dalam masa yang sama, matawang NZD/USD meningkat dalam sesi ini.

nzd-usd-sesi-eropah-19-10
NZD/USD, 30 minit

Matawang komoditi ini dilihat mendapat manfaat selepas data yang dikeluarkan pada Rabu terus menyokong kekuatan pasaran komoditi hitam. OPEC sebelum ini menyifatkan bahawa cadangan pembekuan itu boleh dicapai.

Sentimen pasaran juga dikuatkan pada hari yang sama apabila data dari China menunjukkan peningkatan.

China merupakan rakan eksport terbesar Australia dan rakan eksport kedua terbesar bagi New Zealand.

DIsamping itu, US Dollar Index terus dilapor stabil pada 98.15

Lelaki Ini Akhirnya Bergelar Jutawan Setelah Membuka Kedai Sandwich!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat