Peningkatan Keyakinan Perniagaan Australia, Matawang Aussie Mengukuh

55

Matawang Aussie mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa, manakala matawang kiwi menyusut berikutan laporan data ekonomi China yang lemah dan tumpuan pasaran pada persidangan bank pusat.

AUD mengukuh sebanyak 0.13% kepada 0.7633 berbanding U.S dolar setakat jam 04.05 petang. Pada hari Isnin matawang tersebut mencapai paras terendah 5 bulan lalu iaitu pada 0.7610.

Pengukuhan ini didorong oleh laporan keyakinan perniagaan oleh National Bank of Australia yang melaporkan bacaan data teresebut meningkat ke paras 8 pada bulan Oktober berbanding bacaan bulan sebelumnya yang mecatat pada bacaan 7.

Namun pengukuhan itu terbatas berikutan laporan pengeluaran industri China yang kurang daripada jangkaan. Pengeluaran industri China bertumbuh sebanyak 6.2% pada bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan pertumbuhan 6.3%.

Pelaburan aset tetap bertumbuh perlahanan iaitu sebanyak 7.3% daripada bulan Januari sehingga Oktober berbanding jangkaan penganlisis yang mensasarkan pertumbuhan 7.4%.

Jualan runcit pula meningkat 10% setahun, sedikit rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mensasarkan pertumbuhan 10.4%.

China merupakan rakan dagang pengeksport terbesar Australia dan New Zeland merupakan rakan dagang kedua.

NZD menyusut berbanding U.S dolar sebanyak 0.6855 kepada 0.6856 setakat jam 04.05 petang.

Ketika ini pasaran memberi tumpuan pada rundingan komunikasi Bank Pusat yang akan dikelolakan oleh ECB. Barisan pengacara terdiri daripada ketua bank bank pusat Eropah, US, UK dan Jepun.

Pasaran terus memerhatikan kemajuan perlaksanaan reformasi cukai apabila pelan perlaksanaan reformasi cukai Senat Republikan yang berbeza dengan The House. Kedua-dua pelan tersebut pada dasarnya mengenakan cukai sebanyak $2.6 trillion keatas keuntungan luar negara. Bagi Senat, kadar cukai yang dikenakan keatas wang tunai dan aset cair adalah sebanyak 12% dan 5% bagi aset bukan cair. Namun berdasarkan kadar cukai yang ingin dikenakan keatas The House ialah 14% dan 7% masing-masing.

Segelintir pelabur percaya bahawa perlaksanaan reformasi cukai akan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi dan akan mendorong The Fed untuk meningkatkan kadar faedah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain mengukuh sebelum menyusut sedikit sebanyak 0.03% setakat jam 4.05 petang kepada 94.37.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat