Peningkatan Pelaburan KWSP & Khazanah Ke Dalam Aset Amerika Bukan Satu Pembaziran – PM Najib

128

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, peningkatan pelaburan KWSP dan Khazanah Nasional Bhd ke dalam aset US dijangka akan memberi pulangan yang besar kerana wang tersebut dilburkan dalam sektor pembangunan infrastruktur dan syarikat tekonologi di sana.

Menerusi laporan bernama hari ini, Najib menjelaskan hasil pelaburan KWSP ke dalam pasaran US akan diterjemahkan ke dalam bentuk dividen pekerja-pekerja di Malaysia.

Beliau turut berkata, pelaburan ke dalam syarikat bertekonologi tinggi di Amerika bertujuan menjadikan syarikat-syarikat ini aset milik Malaysia, dimana akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi di masa akan datang.

“Jadi pelaburan ini bukannya satu hala sahaja”, kata Najib kepada wartawan yang membuat liputan lawatan beliau di US.

Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Najib bagi menjelaskan spekulasi bahawa pelaburan KWSP dan Khazanah di US adalah suatu pembaziran.

“Malaysia sekarang adalah negara pengeksport dan situasi yang sama apabila US melabur di Malaysia. Dengan fakta kita sekarang menjadi negara pengeksport membuktikan Malaysia sebuah negara yang berjaya”, tambah beliau.

Najib turut mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat swasta US ke dalam projek landasan keretapi berkelajuan tinggi KL-Singpura supaya dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat