Peningkatan Stok Minyak API, WTI & Brent-Oil Menyusut

49

Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) merekodkan penambahan stok sebanyak 2.9 juta tong berbanding minggu sebelum ini yang mencatatkan pengurangan 5 juta tong. Jangkaan bagi data kali ini ialah penambahan sebanyak 1.9 juta tong.

Data kali ini adalah penting berikutan penambahan stok yang direkodkan beberapa minggu lepas.

Stok gasolin pula merekodkan peningkatan 4.85 juta tong berbanding 9.75 juta tong yang direkodkan minggu lepas. Secara keseluruhan, penambahan stok yang direkodkan empat minggu berturut-turut ini akan menjejaskan keyakinan kepada pasaran.

Ketika ini, harga minyak WTI (West Texas Intermediate)  didagangkan di paras $53.01 setong berbanding paras tertinggi yang dicapai pada Selasa $53.56 setong.

Manakala minyak Brent (Brent-oil) ketika ini didagangkan di paras $55.31 jatuh dari paras tertinggi yang direkodkan pada sesi Selasa $55.87 setong.

Pasaran minyak mentah global agak membimbangkan dengan kenaikan pengeluaran di US berikutan potensi pemotongan cukai di bawah pentadbiran Presiden Trump.

Data inventori minyak oleh EIA (Energy Information Administration) akan menjadi perhatian trader komoditi yang akan dikeluarkan pada pukul 11.30 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat