Penipu Guna Nama ‘Elon Musk’, Pelabur Kerugian $600K Akibat ‘Rug Pull’!

876

Seperti yang telah sedia maklum bahawa pasaran kripto telah menawarkan peluang yang berbagai. Disebalik semua itu ada sahaja pihak yang akan cuba mengambil kesempatan di atas keterujaan orang ramai. Atas dasar itu, dari hari ke hari, ada sahaja berita mengenai penipuan dalam pasaran kripto.

Terbaru, identiti yang menggunakan nama Elon Musk sebagai tunggangan untuk memancing orang ramai melabur dalam token mereka “BabyMuskCoin” dilaporkan telah “Rug Pulls”. Sebanyak $600,000 berjaya ditipu daripada para pelabur.

BabyMuskCoin Rug Pulls $660K in BNB: Experts Advise How to Avoid Getting Scammed

Acap kali bentuk penipuan yang digunakan adalah teknik ‘honeypot’.Teknik penipuan ini akan memerangkap para pelabur untuk membeli token dan dalam masa yang sama melumpuhkan keupayaan mereka untuk mennjualnya kembali. Dengan kata lain, pelaburan para pelabur tersekat dalam kontrak kerana semua pengeluaran dinyahaktif. Kebiasaanya, penipu atau scammer akan menyenaraihitamkan semua wallet lain kecuali wallet mereka sendiri.

Selain itu, penipu ini menggunakan nama CEO Tesla – BabyMuskCoin, yang antara agendanya adalah untuk “menangkap perhatian Elon supaya dia akan menyertai projek itu” dan membuatkan orang ramai lebih tertarik.

Harga token itu telah mengalami kerugian sebanyak 99% dalam masa hanya beberapa jam selepa pasukan pembangun token itu memindahkan 1,571 BNB (bernilai sekitar $660,000) ke Tornado Cash.

CertiK melaporkan baawa pembangun token itu telah membuat dua transaksi untuk 10 BNB setiap satu kepada Tornado Cash pada 31 Januari. Kemudian, mereka mula menukar token BabyMUSK dengan BNB sebelum harga jatuh ke sifar.

Pada bulan Januari ini sahaja, CertiK mendapati sebanyak $16.56 juta telah lesap akibat 9 kejadian ‘Rug Pull’. Atas dasar itu, para pakar menasihatkan agar para pelabur membaca laporan audit terlebih dahulu sebelum membuat laporan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat