Penjenayah Kripto Pertama Korea Selatan Kena Tangkap!

351

Pendakwa raya Korea Selatan membuat tangkapan pertama mereka dalam siasatan urus niaga pertukaran asing bernilai US$3.4 bilion yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan aktiviti mata wang kripto haram.

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Daegu, tiga individu telah ditahan atas dakwaan termasuk menubuhkan syarikat haram, mengoperasikan perniagaan perdagangan mata wang kripto tanpa lesen, penyerahan data palsu kepada bank serta pemindahan mata wang asing yang besar ke luar negara.

Menurut laporan akhbar, individu yang ditangkap tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan firma yang menghantar dana ke luar negara bernilai 400 bilion won (US$307 juta) daripada cawangan Woori Bank di Seoul bagi memperoleh keuntungan arbitraj.

*Arbitraj merupakan pembelian dan penjualan aset secara serentak untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga.

Bagaimanapun, Woori Bank enggan memberi sebarang ulasan berikutan tidak mempunyai butiran berhubung siasatan yang dijalankan memandangkan pejabat pendakwa tidak memberikan angka yang spesifik mengenainya.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Penyeliaan Kewangan Korea Selatan mengatakan transaksi luar biasa berjumlah 1.6 trilion won telah berlaku di lima cawangan Woori Bank antara Mei 2021 dan Jun 2022.

Sementara itu, transaksi yang sama bernilai 2.5 trilion won juga telah dikesan di 11 cawangan Shinhan Bank antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Namun begitu, kedua-dua bank tersebut enggan membuat sebarang pernyataan mengenai siasatan perkhidmatan penyeliaan.

Ekonomi keempat terbesar di Asia itu pernah ditonjolkan sebagai penggunaan token digital yang agak meluas.

Akan tetapi, US$40 bilion yang dihapuskan dalam ekosistem Terraform Labs oleh usahawan Korea Selatan Do Kwon telah memberikan impak negatif yang mencetuskan keruntuhan dalam pasaran kripto global selepas stablecoin TerraUSD musnah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat