Penjualan USD Berterusan, Mata wang Utama Lebih Kukuh!

380

US dolar memperpanjangkan penyusutan lebih rendah ketika kebanyakan mata wang utama lain pula mendapat sokongan daripada polisi bank pusat masing-masing.

Berbanding enam mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan melemah pada 106.58.

Laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) mengingatkan pelabur bahawa para penggubal dasar akan melaksanakan kenaikan kadar selanjutnya dalam usaha memerangi inflasi, ini sekali gus mendorong dolar Aussie untuk didagangkan lebih kuat.

Dolar kiwi juga menguat dengan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) juga mempunyai hala tuju yang sama dengan RBA, dan Bank of Canada (BOC) pula mengejutkan pasaran dengan kenaikan 100 mata asas pada minggu lepas menyokong dagangan dolar Kanada untuk lebih kukuh.

Sementara itu, khabar angin terbaharu mengenai Bank Pusat Eropah (ECB) akan mempertimbangkan kenaikan 50 mata asas telah mendorong lonjakan euro lebih tinggi menjelang mesyuarat polisi pada Khamis.

Selain itu, mata wang pound turut diniagakan lebih tinggi di tengah-tengah pasaran pekerjaan UK yang terus kukuh dengan kadar pengangguran kekal stabil pada 3.8% pada bulan Mei.

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey memberitahu jika mereka melihat tanda-tanda inflasi yang tinggi berterusan, bank pusat mungkin akan mempertimbangkan kenaikan separuh mata asas untuk mesyuaratnya pada bulan Ogos.

Pelabur kini menantikan penerbitan data inflasi UK pada sesi Eropah hari ini yang dijangkakan akan terus menunjukkan peningkatan pada bulan Jun.

Sentimen pasaran juga bertambah baik susulan laporan pendapatan korporat syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat dicatatkan lebih kukuh pada suku kedua 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat