Pentadbiran A.S Tidak Akan Duduk Diam Terhadap Tindak Tanduk China – Ini Ulasan Pompeo!

284

Setiausaha Negara Mike Pompeo pada hari ini telah mengulas beberapa isu berbangkit antara Amerika Syarikat dan China yang bermula dari hubungan perdagangan kepada isu ancaman keselamatan negara.

Pompeo dalam kenyataan pada hari ini telah memberi pencerahan mengenai prinsip yang dipegang oleh AS dalam isu perdagangan dengan China. Menurut beliau, pentradbiran Trump terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Beijing namun dalam masa yang sama akan mempertahankan sikap tegas demi keselamatan negara.

Mengenai isu TikTok, beliau tidak menjelaskan secara spesifik namun berpendapat perlunya syarikat teknologi A.S untuk memilik syarikat tersebut kerana hal ini akan melindungi data peribadi Amerika. Dalam masa yang sama, beliau turut berpendapat bahawa pada masa akan datang TikTok tidak akan lagi berkongsi maklumat peribadi kepada China.

Pada awal bulan ini, pentadbiran Trump mengumumkan bahawa mereka akan membuang aplikasi teknologi China yang di anggap “tidak dapat dipercayai” seperti TikTok dan WeChat dalam pentadbiran AS. Beliau menyifatkan bahwa usaha tersebut adalah untuk mengurangkan potensi risiko keselamatan negara.

Pentadbiran A.S sebelum ini telah menzahirkan kritikan terhadap isu pencurian harta intelek yang telah merugikan ekonomi sehingga berbillion dolar walaupun hal tersebut dinafikan oleh China.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat