Pentadbiran Trump Gesa Batalkan Obamacare

591

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan Mahkamah Agung untuk membatalkan Obamacare pada semalam. Untuk pengetahuan semua, Obamacare merupakan salah satu dasar yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Barack Obama dan telah pun memberikan insurans kesihatan kepada puluhan juta rakyat negara itu. Sebelum ini, rakyat Amerika Syarikat perlu membeli insurans tersebut, jika tidak, hukuman cukai bakal dikenakan. Akan tetapi, pada 2017, hukuman tersebut telah pun dihapuskan kerana dianggap sebagai mandat individu.

Namun, pembatalan itu didakwa berhadapan dengan cabaran yang besar kerana situasi COVID-19 di negara berkenaan semakin parah dan mencatatkan peningkatan kes jangkitan secara mendadak setiap hari. Sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat mencatatkan sebanyak lebih 2.5 juta kes jangkitan dengan angka kematian sebanyak 126,798 korban. Selain itu, Mahkamah Agung didakwa akan membicarakan isu tersebut pada penggal berikutnya mulai Oktober, tetapi media AS melaporkan bahawa ianya mungkin tidak dapat dilaksanakan sebelum pemilihan presiden pada bulan November.

Sehubungan dengan isu pembatalan tersebut, Speaker Dewan Demokrat Nancy Pelosi mengecam tindakan pentadbiran Trump dan menyifatkannya sebagai tindakan yang kejam dan tidak diduga semasa penularan wabak coronavirus. Hal ini demikian kerana ianya bakal menjejaskan kebajikan rakyat negara tersebut. Seramai 130 juta rakyat Amerika akan kehilangan perlindungan ACA, dan 23 juta warganegara tidak akan mendapat perlindungan insurans.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat