Pentadbiran Trump Mengumumkan Senarai Tarif Ke Atas $200 bilion Barangan China

609

Pada awal pagi hari ini, pegawai US telah mengeluarkan senarai yang mengandungi ribuan barangan import China untuk dikenakan tarif termasuk beratus-ratus produk makanan serta tembakau, bahan kimia, arang batu, keluli dan aluminium.

Ia juga termasuk barangan pengguna dari tayar kereta, perabot, produk kayu, beg tangan dan beg pakaian, makanan anjing dan kucing, sarung tangan, dan lain-lain lagi.

Menurut wakil perdagangan U.S., Robert Lighthizer, dalam mengumumkan tarif yang dicadangkan, selama lebih setahun pentadbiran Trump telah cuba berunding dengan China agar menghentikan amalan perdagangan yang tidak adil. Dalam menangani hal ini, US telah menggunakan langkah tersebut bagi melindungi perdagangannya, walaubagaimanapun China telah membalas kembali pengenaan tarif ke atas produk US..

Minggu lepas, Washington mengenakan tarif 25 peratus ke atas $ 34 bilion import China, dan Beijing bertindak segera dengan tarif yang hampir sama iaitu kira-kira sama dengan jumlah eksport U.S ke China.

Para pelabur mengkhuatirkan perang perdagangan yang semakin meningkat antara dua ekonomi terbesar di dunia boleh memberi impak buruk keatas pertumbuhan global.

Presiden Donald Trump berkata beliau berkemungkinan akan mengenakan tarif ke atas barangan yang bernilai lebih daripada $ 500 bilion bagi barangan China iaitu kira-kira jumlah import U.S. dari China pada tahun lepas.

Senarai baru yang diterbitkan mensasarkan lebih banyak barang pengguna sekaligus meningkatkan lagi ancaman langsung kepada para pengguna dan firma runcit.

Namun tarif itu tidak akan dikenakan sehingga selepas tempoh dua bulan bagi mendapatkan kritikan dan saranan masyarakat mengenai senarai yang dicadangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat