Pentadbiran Trump Sedang Pertimbang Penangguhan Tarif Import?

383

Pentadbiran Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan menangguhkan tarif barangan import dari rakan perdagangnya sehingga tiga bulan.

Perbincangan yang melibatkan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) serta agensi kerajaan lain mengenai penggantungan tarif tersebut dikatakan telah mencetuskan tekanan kepada persatuan industri dalam negeri.

Melalui surat kepada pesuruhjaya CBP, persatuan itu menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan yang sedang dipertimbangkan itu.

Mereka berpendapat bahawa CBP tidak sepatutnya melaksanakan penangguhan tersebut kerana ia akan menjejaskan pekerja Amerika disebabkan kelonggaran yang diberikan kepada syarikat-syarikat dari luar negara.

Tindakan ini pastinya bertentangan dengan kehendak Presiden Donald Trump yang tidak bersetuju untuk sebarang pemotongan tarif, lebih-lebih lagi penularan COVID-19 yang semakin meluas telah menjejaskan ekonomi di negara itu.

Minggu lalu, beliau memberitahu bahawa “tidak ada sebab” untuk membuat pelonggaran tarif walaupun kebanyakan industri telah terjejas akibat penutupan operasi perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat