Pentadbiran UK Pinta Negara Lain Fahami Hasrat Boris Johnson!

267

Perdana Menteri Boris Johnson terus berdepan tekanan selepas House of Lords UK menolak rang undang-undang beliau yang membolehkannya melanggar perjanjian pengunduran Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan undian 433 berbalas 165, ahli parlimen menolak rang undang-undang yang penuh kontroversi dan menerima tentangan hebat ketika ia diusulkan oleh PM Johnson pada September lalu.

Keputusan ini telah mendatangkan kekecewaan terhadap kerajaan UK dan bahawa mereka tidak akan berundur daripada rancangan tersebut. Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Selasa, mengatakan bahawa pentadbiran UK mengharapkan bahawa negara-negara lain harus memahami perkara ini.

Apabila ditanya mengenai pandangan Johnson bahawa adakah beliau bersetuju dengan sebahagian pendapat anggota dewan bahawa pelulusan rang undang-undang tersebut akan merosakan reputasi UK?

Menurut jurucakap Johnson, pentadbiran UK tidak boleh membenarkan proses perdamaian atau rang udang-undang pasaran dalaman dikompromikan kerana tidak mahu menanggung akibat yang tidak diingini dari protokol Ireland Utara. Justeru pentadbiran UK mengharapkan agar negara-negara lain memahami hal ini dan mempertimbangkan akibat yang bakal ditanggung oleh UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat