Pentagon Berang, Jangan Sampai Tercetus Perang!

1,364

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) semalam mengecam tindakan China menjalankan ujian peluru berpandu di Laut China Selatan.

Menurut Pentagon menerusi satu kenyataan seperti dipetik oleh Channel News Asia, tindakan Beijing itu disifatkan sebagai ancaman terhadap keselamatan dan keamanan di wilayah terbabit.

Tentera Beijing melancarkan kira-kira empat peluru berpandu ketika latihan ketenteraan di Kepulauan Paracel.

Tambah kenyataan itu lagi, Pentagon turut mempersoalkan komitmen China yang sebelum ini mahu mengelakkan sebarang tindakan provokasi.

“Tindakan China, termasuklah ujian peluru berpandu, mencetuskan ketidakstabilan yang memuncak di Laut China Selatan.

“Latihan seperti itu turut melanggar komitmen China di bawah Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak (DoC) di Laut China Selatan yang ditandatangani pada 2002,” ujar kenyataan berkenaan.

AS sebelum ini menggesa China untuk mengurangkan aktiviti ketenteraan dan kekerasan di wilayah itu namun Beijing terus berdegil.

Semalam, Beijing membidas tindakan AS menyenarai hitam 24 syarikat China yang terbabit dalam pembinaan dan membekalkan kelengkapan pangkalan China di Laut China Selatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat