Penting: Theresa May Akan Berucap Pukul 6.15 Petang Ini, Siap Sedia Trader GBP

53

Perdana Menteri Theresa May akan berucap di luar pejabat beliau di Jalan Downing pukul 6.15 petang ini pada Selasa selepas perjumpaan rutin beliau bersama menteri-menteri UK, kata pegawai di pejabat Perdana Menteri.

Ia tidak selalu berlaku di mana pemimpin membuat kenyataan di Jalan Downing dan kebanyakan Perdana Menteri UK sebelum ini hanya berucap di situ jika ada pengumuman penting. Pejabat beliau tidak memberika maklumat tentang apa yang akan beliau sampaikan dalam ucapan itu nanti.

Kita menjangka satu lagi kesan kepada pasaran terutamanya aset pelaburan di UK dalam nilai Pound Sterling jika kenyataan beliau adalah berkaitan dengan rundingan bersama Kesatuan Eropah.

Naik atau turun nilai aset khususnya matawang GBP (Great Britain Pound) bergantung kepada pendirian beliau terhadap rundingan tersebut dengan rundingan sebenar belum lagi bermula.

Satu lagi potensi kenyataan beliau sebentar lagi adalah tentang referendum kemerdekaan Scotland. Sebelum ini Menteri Pertama Scotland bertegas untuk mendapatkan kebenaran referendum dijalankan tahun ini, namun Theresa May mengatakan ini bukanlah masanya.

May menegaskan, ini adalah masa untuk kita bersatu menghadapi satu rundingan yang sukar dan penting untuk masa depan United Kingdom.

29 April ini akan berlangsung perhimpunan 27 negara EU (tak termasuk UK) untuk memberikan mandat kepada European Commission (EC) berunding dengan UK.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat