Penularan Covid-19 Di Sepanyol Semakin Merisaukan – Hampir 900,000 Kehilangan Pekerjaan!

1,057

Di Sepanyol, kes Covid-19 telah melonjak ke paras semakin merisaukan iaitu sebanyak 110,238 kes telah di catat dan sebanyak 10,003 orang telah menemui kematian akibat jangkitan Covid-19. Walaubagaimanapun, seramai 26,743 orang telah pulih daripada jangkitan tersebut.

Penularan wabak Covid-19 tersebut bukan sahaja memberi kesan dari segi kesihatan namun juga kepada ekonomi dan struktur sosial. Sepanyol kini telah mengurangkan hampir 900,000 bilangan pekerjaan iaitu lebih separuh daripadanya adalah bersifat sementara. Angka ini mencanak naik apabila Kerajaan memerintahkan perintah berkurung pada pertengahan bulan Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Spain merupakan negara kedua yang mencatatkan kematian tertinggi selepas Italy disebabkan jangkitan Covid-19. Pada 14 Mac, semua aktiviti luar telah diharamkan dan minggu ini diperketatkan lagi dengan mengharamkan para pekerja untuk keluar bekerja.

Data menunjukkan 898,822 orang Sepanyol kini telah kehilangan pekerjaan sejak awal penguncupan, termasuk kira-kira 550,000 pekerja sementara. Sektor pelancongan dan pembinaan adalah yang paling banyak terkesan.

Menurut Menteri Pengangkutan Jose Luis Abalos, situasi sekaran merupakan sesuatu yang sukar. Ia merupakan satu cabaran berganda bagi membendung pandemik itu dan dalam masa yang sama mengurangkan impan pandemik terhada ekonomi.

Bilangan orang yang didaftarkan secara rasmi sebagai penganggur di Sepanyol meningkat kepada 3.5 juta pada Mac, paras tertinggi sejak April 2017. Data itu tidak termasuk pengangguran baru kerana tidak semua pekerja secara rasmi didaftarkan sebagai penganggur.

“Ini adalah keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Menteri Buruh Yolanda Diaz pada sidang akhbar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat