Penularan Pandemik Covid-19 Beri Impak Besar Terhadap Perniagaan Kecil – Ramai Yang Akan Kehilangan Pekerjaan!

1,014

Penularan pandemik Covid-19 telah memberi impak besar terhadap ekonomi dan kesihatan. Pada hari ini, dilaporkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah mencatatkan kejatuhan dalam pekerjaan sebanyak 701,000 pekerjaan. Masih menjadi tanda tanya adakah bilangan tawaran pekerjaan akan kembali ditawarkan seperti yang dikecapi sebelum bulan Februari. Pakar ekonomi berpendapat bahawa semuanya bergantung kepada perniagaan kecil dan sederhana.

Banyak perniagaan terutama perniagaan kecil dan sederhana begitu terkesan dengan penularan pandemik ini. Kebanyakkan negara telah mengambil langkah dengan memerintahkan kebanyakkan sektor perniagaan ditutup dan rakyat diarahkan untuk tetap tinggal dirumah. Amerika merupakan salah satu negara yang mengamalkan langkah ini.

Berdasarkan laporan CNBC, di Amerika, ribuan syarikat dan perniagaan kecil sangat mengharapkan dana pinjaman daripada kerajaan. Namun kerisauan masih tetap ada dan memungkinkan para majikan untuk mengurangkan pekerja.

Para pakar ekonomi juga memiliki kebimbangan yang sama. Segelintir daripada para pakar ekonomi berpendapat untuk mencapai prestasi pasaran buruh yang dicatat sebelum bulan Februari akan memakan masa sehingga 2023.

Namun sebahagian mereka berpendapat dana yang diberikan tersebut boleh mengurangkan kemungkinan pembuangan pekerja dan penutupan perniagaan. Perniagaan kecil dan sederhana merupakan pencipta peluang pekerjaan yang besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat