Penularan Wabak Koronavirus Masih Mengkhuatirkan – Ini Sentimen Terkini Matawang!

479

Kekhuatiran pasaran kini tertumpu kepada kejatuhan ekonomi akibat dari penularan wabak koronavirus di China, dimana hal ini telah mendorong pemain pasaran untuk melabur dalam matawang safe haven pada hari Selasa. Indeks US dolar berjaya mencatat pengukuhan pada paras dua bulan tertinggi dan Swiss franc pula melonjak hampir paras tertinggi tiga tahun.

Setakat ini pasaran global sedikit pulih jika dibandingkan dengan hari sebelumnya berikutan risiko dalam pasaran matawang. Pada penutupan pasaran semalam, matawang Australia merupakan antara matawang yang paling banyak catat penyusutan.

Pair euro/swiss franc merupakan pair terkait sentimen risiko mencatat pada paras 1.0666 iaitu paras terendah sejak April 2017 sebelum pulih kepada paras 1.0690. Pair tersebut telah jatuh sebanyak 1.6% pada bulan Januari ini.

Pasaran saham global dan harga minyak telah jatuh dalam beberapa hari kebelakangan ini kerana ketakutan terhadap penularan virus yang akan merosakkan lagi ekonomi China, dimana China memainkan peranan besar dalam pertumbuhan dunia.

Walaubagaimanapun, US dolar mencatat pengukuhan menjelang mesyuarat dua hari A.S Federal Reserve pada hari Selasa. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.1% sehingga 98.01 iaitu paras tertinggi sejak awal Disember. Sepanjang bulan ini, US dolar telah mencatat keuntungan sebanyak 1.7%.

Para pembuat dasar the Fed sebahagian besarnya dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada paras sebelumnya pada tahun ini. Menurut pandangan pakar strategi matawang, pasaran kini mengambil sikap yang berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak virus tersebut dan dalam masa yang sama US dolar akan masih mendapat permintaan daripada pemain pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat