Penularan Wabak Koronavirus Tidak Akan Jejaskan KDNK China? Ini Pandangan Pakar Ekonomi!

309

Isu Koronavirus masih lagi menghantui masyarakat di seluruh dunia. Setakat ini angka kematian di China akibat wabak koronavirus telah meningkat melebihi 130 orang dan sebanyak 5300 kes jangkitan akibat wabak berkenaan telah dilaporkan.

Selain itu, wabak ini semakin memberi kesan buruk terhadap ekonomi terutamanya di China.

Pada hari ini, Nomura International Ltd telah mengeluarkan kajian dan pandangan mengenai penularan wabak ini terhadap ekonomi. Menurut institusi tersebut mereka menjangkakan impak penularan wabak terhadap pertumbuhan ekonomi berkemungkinan lebih besar daripada impak wabak SARS pada tahun 2003.

Pertumbuhan KDNK benar pada suku pertama berkemungkinan akan turun dari kadar 6% yang dikecapi pada suku keempat. Nomura menjangkakan pembuat dasar akan menyediakan sokongan kredit dan tunai terutamanya kepada pemilik perniagaan yang terjejas terus akibat penularan wabak koronavirus.

Penularan wabak itu bukan sahaja akan beri kesan terhadap ekonomi China namun turut juga akan membawa kemerosotan terhadap ekonomi global berikutan kekurangan pelancong dari China dan gangguan dalam rantaian bekalan. Bandar Wuhan di China yang mengandungi 11 juta penduduk telah dilarang untuk keluar rumah sebagai salah satu usaha membendung penyebaran virus tersebut.

Selain itu, pakar ekonomi kerajaan China juga mengeluarkan pandangan yang sama, dimana beliau melihat pertumbuhan ekonomi China akan jatuh ke paras pertumbuhan 5% pada suku tahun pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat