Penurunan Hanya Sementara, EUR/USD Kembali Ke Landasan

319

Menepati jangkaan penganalisis pasaran bagi pergerakan US dolar di awal minggu, raja mata wang itu kekal bergerak lemah bagi menutup dagangan untuk bulan Mei dengan kerugian dicatatkan 2 bulan berturut-turut.

Pelabur juga berhati-hati dan mengawal risiko dagangan pada minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Nampaknya, momentum pengukuhan awal yang dipamerkan oleh US dolar pada penghujung minggu lalu selepas data indeks perbelanjaan PCE yang diterbitkan paling kukuh sejak 1992, gagal dikekalkan.

Seperti kebiasaan, situasi penyusutan US dolar ini terus memberi ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran kembali meningkat.

Menarik jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Corak penurunan harga yang dipaparkan pada minggu lalu kembali berubah selepas terdapat isyarat perubahan trend semula untuk harga kembali meneruskan trend bullish sebelum ini.

Selepas harga menguji paras ketinggian sekitar 1.22600 minggu lalu, corak penurunan dipamerkan sebelum harga menguji zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500 pada penghujung minggu.

Namun selepas peningkatan semula harga di atas zon tersebut, harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga semalam bagi isyarat kenaikan harga.

Sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Selasa), harga dilihat menuju semula ke zon rintangan 1.22500 dan berkemungkinan akan mengatasi paras harga yang dicapai minggu lalu.

Untuk kenaikan lebih tinggi, paras harga yang disasarkan adalah pada sekitar 1.23000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Januari.

Namun pelabur berwaspada untuk situasi pengukuhan US dolar sementara menantikan tindakan Federal Reserve (Fed) dalam tetapan dasar selepas data PCE yang boleh mencetuskan semula lonjakan US dolar.

Jika kejatuhan harga berlaku, zon RBS 1.21800-1.21500 akan kekal menjadi zon utama yang akan diuji harga untuk menyokong semula harga membuat kenaikan seperti minggu-minggu sebelum ini.

Sebaliknya jika harga terus membuat penurunan lebih rendah, harga dijangka menuju ke zon RBS seterusnya pada 1.20900-1.20600 dan boleh mencecah sehingga paras support 1.20000 sekiranya US dolar terus mendominasi semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat