Penurunan Harga Pada AUD/USD Didorong Oleh Data China Yang Lemah

485

Pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD sejak penghujung minggu lalu mula menunjukkan corak pergerakan menaik harga setelah siri penurunan harga pada dagangan sebelumnya.

Faktor kenaikan harga adalah didorong oleh dagangan USD yang kembali lemah selepas data-data ekonomi di Amerika Syarikat sedikit terjejas di samping kebimbangan pelabur menantikan data penting pada minggu ini iaitu mesyuarat FOMC untuk menetapkan kadar faedah serta laporan data pekerjaan NFP pada penghujung minggu.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan dagangan dolar Australia pula mengalami kejatuhan berbanding USD. Ini adalah disebabkan data ekonomi China yang dikeluarkan sebentar tadi yang mencatatkan bacaan yang lemah.

Data PMI perkilangan dan bukan-perkilangan di China merekodkan angka yang menurun berbanding bacaan data sebelum ini. Data PMI perkilangan tinjauan Caixin turut merekodkan penurunan pada bacaan terkini.

Sebagai rakan dagang terbesar Australia, data-data ekonomi China adalah sangat sensitif  terhadap Aussie dan sering memberikan impak secara terus terhadap dagangan dolar Australia tersebut susulan data dikeluarkan.

Secara teknikal, dapat dilihat pergerakan harga pada AUD/USD yang membuat kenaikan ke paras resistance 0.7065 (MagicR1) kembali menurun semula sehingga ke paras support 0.7039 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga terus membuat penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan penurunan harga akan menguji paras 0.70200 yang berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart AUD/USD sebelum menyentuh paras support 0.7014 (MagicS3).

Namun jika harga kembali meneruskan pergerakan menaik harga, paras resistance 0.7090 (MagicR3) pada indicator Moshed Magic Line adalah dilihat antara destinasi yang akan menjadi tumpuan harga.

Kenaikan lebih tinggi harga berpotensi mencapai paras sekitar 0.71300 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.7039, 0.7025, 0.7014.

Paras resistance: 0.7065, 0.7075, 0.7090.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat