Penurunan Harga Pada USD/CAD Cecah Paras Terendah 5 Bulan Dagangan

387

Dagangan dolar Kanada kekal mengukuh dalam suasana pasaran yang tertumpu terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China sepanjang minggu ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD, mencatatkan penurunan ke paras terbaru ke paras terendah sejak awal Februari dan penghujung Januari yang lalu. Penurunan tersebut turut didorong oleh kewaspadaan pelabur terhadap dagangan USD dengan risiko ketidaktentuan keputusan rundingan di antara dua pemimpin AS dan China itu.

Loonie disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran semasa bukan sahaja disebabkan penurunan pada inventori minyak Amerika Syarikat, malah turut didorong oleh pengurangan bekalan minyak oleh pengeluar utama yang akan dilanjutkan.

Selain itu juga, ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran berhubung beberapa insiden serangan sebelum ini turut melonjakkan momentum dagangan dolar CAD.

Tumpuan pada malam ini akan terarah ada data pertumbuhan GDP Kanada pada jam 8.30 malam.  Tinjauan unjuran perniagaan oleh bank pusat Kanada akan dipantau oleh para pelabur bagi menjangkakan arah pergerakan harga buat dagangan Loonie untuk jangka masa terdekat.

Pergerakan harga pada dagangan USD/CAD semalam dilihat mendatar sejak awal sesi pasaran Asia di bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum penurunan dilihat bersambung sehingga sesi pasaran Amerika semalam dan menutup harga di sekitar paras support MagicS1.

Harga yang bersambung pada dagangan hari ini dilihat kekal perlahan dan mendatar di bawah paras Magic Pivot 1.1306.

Harga masih cuba untuk membuat penurunan lebih rendah namun tidak melepasi paras 1.30900 yang merupakan paras terendah dicatatkan untuk 5 bulan dagangan.

Dengan jangkaan USD akan terus melemah dan Loonie mampu menekan harga ke paras lebih rendah, penurunan harga akan menuju ke paras 1.30700 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah dijangka mencecah ke paras sekitar 1.3029 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun sebaliknya jika harga berpatah arah dan membuat kenaikan semula, harga yang akan melepasi paras Magic Pivot hari ini kemudiannya akan cuba untuk melepas paras-paras resistance pada indicator Moshed Magic Line sebelum menuju ke zon tumpuan harga di paras 1.32000.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang USD/CAD untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 1.3075, 1.3059, 1.3029.

Paras resistance: 1.3122, 1.3152, 1.3168.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat