Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Oleh BNM – Ini Kesan Yang Harus Dihadapi!

1,211

Keputusan Bank Negara untuk menurunkan kadar faedah dapat mengakibatkan penyusutan ringgit Malaysia menyusut lebih jauh dan kerajaan seharusnya mengawal nilai ringgit Malaysia. – Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong

Tambah beliau, kejatuhan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.00% pada hari Selasa (May 7) telah mengurangkan antara kita dengan kadar faedah Amerika Syarikat terkini di antara 2.25% ke 2.5% setelah negara mereka berulang-kali menaikkan kadar mereka tahun lepas.

Oleh itu, lebih banyak dana asing mungkin akan mengambil keputusan untuk menjual bon pinjaman Malaysia dan akan menarik keluar wang dari Malaysia untuk dilabur di Amerika Syarikat atau negara lain.

Jika perkara ini berlaku nilai ringgit Malaysia akan menyusut lebih jauh berbanding dolar Amerika Syarikat terutamanya apabila Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Selain itu beliau turut berpendapat bahawa penurunan kadar faedah menunjukkan ekonomi semakin lembab. Walaupun dasar ini mampu menggerakkan ekonomi, namun ia menekan nilai ringgit Malaysia.

Keputusan untuk menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3% merupakan keputusan pertama kali diambil sejak Julai 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat