Penurunan Ketara Dipamerkan AUD/USD Susulan Minit Mesyuarat RBA Diterbitkan

413

Dolar Australia menjadi matawang tumpuan pada sesi Asia hari ini berikutan penerbitan minit mesyuarat oleh bank pusat Australia untuk mesyuarat pada awal Februari lalu di mana kadar faedah terus dikekalkan di paras terendah 0.75%.

Dolar Aussie mempamerkan penyusutan ketara susulan minit diterbitkan dengan pelabur menilai nada yang dovish pada polisi oleh bank pusat.

Reserve Bank of Australia (RBA) memberikan isyarat untuk pelonggaran polisi lebih lanjut jika diperlukan dan adalah sesuai untuk menjangkakan tempoh lebih panjang bagi kadar faedah yang rendah.

Penurunan kadar faedah lebih rendah bakal mendorong ekonomi mencapai sasaran pekerjaan dan inflasi namun harus seimbangkan dengan risiko kadar yang rendah, termasuk impak terhadap rakyat.

Dengan melihatkan polisi moentari yang cenderung bernada dovish, pelabur akan menjangkakan penurunan pada nilai matawang dolar AUD. Hal ini menyebabkan penurunan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD pagi ini.

Harga telah membuat penurunan sekitar 30 pips pada awal permulaan sesi Asia dibuka sehingga harga menuju ke zon tumpuan sekitar 0.66850.

Harga yang telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) sejak penurunan semalam menunjukkan kecenderungan trend bearish pada carta AUD/USD.

Ditambah dengan risiko Coronavirus yang semakin meningkat, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah menuju zon support di bawah paras 0.66700.

Penurunan yang berjaya melepasi zon support tersebut akan mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru sejak dagangan Mac 2009.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, antara zon tumpuan yang dilihat akan menjadi destinasi kenaikan harga adalah pada zon SBR (support become resistance) pada 0.67400.

Dan seterusnya kenaikan lebih tinggi akan menuju zon resistance pada ketinggian 0.67700.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat