Penurunan Ketara Harga Pada Sesi Eropah Dipamerkan Di Carta GBP/JPY

283

Setelah bergerak mendatar untuk beberapa sesi kebelakangan ini, dagangan Pound Sterling mula mempamerkan penurunan lebih ketara pada sesi pasaran Eropah petang ini.

Pelabur berwaspada mengikuti perkembangan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah dan UK yang bakal bermula pada minggu hadapan.

Untuk minggu ini, mandat rundingan perdagangan akan menjadi tumpuan pasaran dengan harapan keputusan berakhir dengan baik bagi kedua-dua pihak.

Beberapa pertukaran tawaran akan dibincangkan di mana sebelum ini beberapa isu tidak disenangi dan ditentang oleh Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang menginginkan hubungan dagang seperti yang diperolehi EU bersama Kanada.

Penurunan dapat dilihat pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY di mana Yen turut mendorong harga bergerak ke paras lebih rendah.

Ini adalah berikutan sentimen pasaran masih berada dalam suasana berisiko atau risk-off mood. Pelabur tertumpu pada aset safe-haven untuk dagangan yang lebih selamat.

Menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 143.500 hari ini, harga pada carta GBP/JPY kembali memaparkan pergerakan menurun pada awal sesi Eropah selepas turun lebih rendah semula dari paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50).

Penurunan harga dilihat menuju ke paras terendah mingguan yang dicapai pada Isnin dengan penurunan harian hampir mencecah 200 pips menghampiri paras 142.600.

Jika harga berjaya tembusi paras 142.600, penurunan harga dilihat akan menuju paras support sekitar 141.700.

Namun jika kenaikan harga dipamerkan semula, harga akan menguji semula zon SBR 143.500 yang diuji pada sesi Asia sebentar tadi.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula paras 144.500 sebelum menguji paras ketinggian 144.900 yang dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat