Penurunan Nilai Yuan Bukan Sengaja Direka : China

75

China berkata pada Jumaat bahawa negara itu tidak mempunyai niat untuk menurunkan nilai matawang bagi mendapatkan keuntungan di dalam perdagangan.

Dalam satu sesi temu bual dengan Reuters pada Khamis, bahawa beliau tidak menahan kemungkinan bahawa China memanipulasi matawang Yuan, hanya beberapa jam selepas Setiausaha Perbendaharaan Negara AS berjanji untuk mengambil pendekatan yang lebih teratur bagi menganalisis amalan pertukaran wang asing di Beijing.

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata, beliau berharap agar Amerika Syarikat boleh membuat penilaian sepenuhnya berkaitan dengan isu pertukaran matawang ini.

Menurut Shuang lagi, China tidak mempunyai niat untuk mendapat manfaat perdagangan asing melalui penurunan nilai renminbi. Tuduhan Trump juga dikatakan tiada asas kerana tiada bukti penurunan berterusan renminbi.

Bank Pusat China pula gagal memberi sebarang respon berkaitan dengan isu itu.

Dalam masa yang sama, Trump juga sebelum ini sering menuduh China sengaja menurunkan nilai matawang dan mencuri pekerjaan dari AS.

Namun begitu, sejak hari pertama dilantik sebagai Presiden, beliau tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap China.

Yuan jatuh sebanyak 6.6 peratus berbanding US Dollar sejak 2016, dan mencatat penurunan terbesar pada tahun 1994 kerana terpaksa mengimbangi semula pertumbuhan China yang perlahan.

China juga telah mengenakan campur tangan terhadap matawang tersebut baru-baru ini disaat negara itu cuba membawa lebih banyak pelaburan asing.

Sesi Eropah Menyaksikan Prestasi Bercampur-Campur dari Matawang Utama Dunia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat