Penurunan Pada AUD/USD Uji Kembali Zon Tumpuan Harga Pada 0.71300

414

Matawang dolar Australia didagangkan lemah semalam dan turut mencatatkan penurunan berbanding matawang utama yang lain.

Pertumbuhan ekonomi di Australia dijangka akan bergerak perlahan dalam jangka masa terdekat ini berikutan oleh kemerosotan pada data sektor perumahan dan perbelanjaan pengguna pada laporan sebelum ini.

Para penganalisis meramalkan pertumbuhan GDP tahunan Australia akan berkembang pada kadar 2.2% untuk tahun 2019, menurun daripada jangkaan 2.7% sebelum ini. Dengan itu akan menambahkan lagi tekanan terhadap dagangan Aussie selepas ini.

Namun, indeks keyakinan pengguna di Australia mencatatkan bacaan yang memuaskan. Dan Timbalan Gabenor bank pusat, Debelle juga menyatakan pasaran buruh adalah kukuh.

Sementara dolar Amerika pula mengukuh selepas data ekonomi yang dikeluarkan adalah positif. Data indeks harga pengeluar (PPI) di Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang meningkat sementara data tuntutan pengangguran mencatatkan bacaan yang menurun dan memberikan tanda-tanda positif buat ekonomi Amerika Syarikat.

Tambahan, pengukuhan USD juga disokong oleh data inflasi dan laporan pekerjaan sebelum ini yang positif.

Dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD semalam, harga telah membuat penurunan semalam selepas mencatatkan paras ketinggian semasa sekitar paras 0.71750 pada hari sebelumnya.

Penurunan harga semalam yang lebih rendah dari paras Magic Pivot berjaya melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dengan pergerakan harga mencatatkan hampir 60 pips penurunan.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan dan menguji zon tumpuan SBR (support become resistance) pada 0.71300 berhampiran Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari zon tersebut, jangkaan harga akan turun menuju ke paras sekitar 0.70900 dan penurunan lebih rendah boleh mencecah sehingga ke paras support 0.7045 (MagicS3) untuk harga mencatatkan paras terendah yang baru.

Namun jika harga kembali meneruskan kenaikan semula, paras ketinggian yang dicapai pada Rabu lalu akan kembali diuji sebelum kenaikan seterusnya dijangka akan ke paras sekitar 0.72000 dengan 70 pips potensi kenaikan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dagangan harian.

Paras support: 0.7100, 0.7081, 0.7045.

Paras resistance: 0.7155, 0.7190, 0.7210.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat