Penurunan Pada USD/CAD Didorong Oleh Kenyataan Optimis Bank Pusat Kanada

253

Dagangan dolar Kanada menunjukkan penurunan sebelum ini berikutan terkesan oleh faktor kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran semasa. Namun bank pusat Kanada optimis dolar CAD akan kembali mencatatkan kenaikan pada minggu berikutnya.

Menjelang mesyuarat dasar monetari pada minggu hadapan, Bank of Canada (BOC) melihat dagangan Loonie disokong oleh faktor kenaikan pada bacaan jualan runcit teras yang mencatatkan lonjakan 1.7% berbanding jangkaan 0.8%.

BOC dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada msyuarat 29 Mei nanti dengan faktor pertumbuhan global yang perlahan menjadi fokus. Selain itu, peningkatan ketegangan perang dagang antara Amerika dan China turut dilihat sebagai risiko utama.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga membuat kenaikan dari paras terendah pada support 1.33600 sehingga ke paras ketinggian pada resistance 1.35000 semalam.

Kenaikan tersebut hampir mencecah 150 pips pergerakan harga dalam masa dua hari dagangan.

Dagangan pada hari ini mula menunjukkan penurunan semula di mana harga telah berjaya turun melepasi paras Magic Pivot pada 1.3469 hari ini.

Jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga bakal menguji paras support pada 1.3435 (MagicS1) yang merupakan paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Penurunan harga boleh mencecah kembali ke paras terendah pada minggu ini iaitu pada support 1.33600 juga berhampiran paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan, paras resistance pada 1.35000 akan kembali diuji untuk harga cuba meneruskan kenaikan dan mencatatkan paras ketinggian semasa yang terbaru.

Lihat gambar chart pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3435, 1.3397, 1.3364.

Paras resistance: 1.3506, 1.3540, 1.3577.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat