Penyakit Monkeypox ‘Selamatkan’ Sarung Tangan Getah

343

‘Covid-19 baru nak surut dah keluar monkeypox pulak, hmmm.’

Penyakit cacar monyet (monkeypox) yang muncul dan tersebar di Eropah, Amerika Sayrikat (AS) serta sebahagian Australia kembali menggugat kesejahteraan manusia selepas penyebaran wabak Covid-19 sedikit reda.

Bukan mahu dikatakan rahmat yang terselindung namun saham sarung tangan getah dilihat kembali mendapat perhatian ekoran peningkatan kes melihatkan monkeypox di seluruh dunia.

Menurut laporan media, terdapat lebih 80 kes disahkan sejak penularan monkeypox di benua barat dan antara yang terbaharu adalah di Israel, Switzerland dan Austria.

Ekoran daripada itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menyatakan pelabur dilihat mengambil kesempatan di sebalik penularan monkeypox.

Sungguhpun begitu, beliau berpendapat rali pada saham sarung tangan getah tidak akan memulihkan sentimen keseluruhan pasaran kerana ia tidak seteruk Covid-19.

Selain itu, penganalisis TA Securities, Tan Kong Jin turut bersetuju kerana asasnya tidak berubah sejak kebelakangan ini sungguhpun monkeypox membuatkan saham sarung tangan getah masuki rali.

Semasa sesi dagangan belah pagi tadi,

  • Kaunter Top Glove Bhd capai 8 sen atau 5.52% pada RM1.53 dengan 14.47 juta saham didagangkan.
  • Kaunter Hartalega Holdings Bhd tambah 19 sen atau 4.53% pada RM4.38.
  • Kaunter Supermax Corp Bhd lonjak 7 sen atau 6.8% pada RM1.10.
  • Kaunter Kossan Rubber Industries Bhd naik 9 sen atau 9 sen atau 5.33% pada RM1.78.
  • Kaunter Careplus Group Bhd tumbuh 4.5 sen atau 7.89% pada 61.5 sen.
  • Kaunter Comfort Gloves Bhd cambak 2 sen atau 2.96% pada 69.5 sen.
  • Kaunter Rubberex Corp (M) raih 3 sen atau 4.2% pada 74.5 sen.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat