Penyanyi Rap 50 Cent Menjadi Jutawan Dengan Bitcoin

1,359

Pada tahun 2014, penyanyi rap 50 cent, Curtis Jackson, telah mengeluarkan album Animal Ambition dan album tersebut dapat dibeli dengan menggunakan bitcoin.

Jual beli album menggunakan matawang crypto tersebut dilakukan melalui akaun BitPay. Sejak jualan langsung album tersebut menggunakan bitcoin , Curtis Jackson telah membiarkan akaunnya. Cuma pada baru-baru ini, beliau cuba memperharui maklumat akaun tersebut dan mendapati bahawa beliau telah menjadi jutawan bitcoin.

Beliau telah dapat mengumpul sebanyak 700 BTC dengan hasil jualan album tersebut melalui transaksi yang menggunakan matawang crypto.

 

Pada tahun 2014, harga bitcoin adalah sebanyak $662 seunit dan jumlah hasil jualan diperolehi adalah sebanyak $400,000 pada ketika itu. Namun kini, jumlah nilai tersebut telah meningkat kepada $7- $9 juta. Harga terkini bitcoin berada pada paras $11,000.

Kisah penyanyi rap 50 cent, Curtis Jackson menjadi jutawan pertama kali dilaporkan oleh laman sesawang TMZ kemudian kenyataan tersebut dibenarkan oleh Curtis Jackson sendiri melalui tweetnya di Twitter dan status di Instagram.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat